MEMPERSEMBAHKAN
KITAB RAHSIA TO’ KU PALOH
Bismillah
Hirrohman Nir Rohim.
~
Adapun syariat itu kenyataan Af’al Allah.
~Adapun
Thariqah itu kenyataan Asma’ Allah.
~Adapun
Hakikat itu kenyataan Sifat Allah.
~Adapun
Makrifat itu kenyataan Zat Allah.
Soalan-
Syariat,tarikat,hakikat dan
makrifat itu dimana tempat pada diri kita??
Jawab:
~Adapun
syariat itu nyata pada tubuh kita.
~Adapun
tarikat itu nyata pada hati kita.
~Adapun
hakikat itu nyata pada nyawa kita.
~Adapun
makrifat itu nyata pada rahsia kita dan bahawasanya:-
~Tubuh
itu kenyataan Af’al Allah.
~Hati
itu jadi kenyataan Asma Allah.
~Nyawa
itu jadi kenyataan Sifat Allah.
~Rahsia
itu jadi kenyataan Zat Allah.
Soalan-
Syariat,tarikat,hakikat dan
makrifat itu kejadian daripada apa?
Jawab:-
~Adapun
kejadian syariat itu daripada air.
~Adapun
kejadian tarikat itu daripada angin.
~Adapun
kejadian hakikat itu daripada bumi ( Tanah )
~Adapun
kejadian Makrifat itu kejadian daripada terang api.
Soal-
Syariat itu kejadian daripada air,adakah air sungai,air
hujan,laut,telaga atau lain2 lagi?
Jawab:-
Adapun yang dikatakan syariat
itu daripada air bukan seperti air yang tersebut
itu,sebenarnya ialah Nur
Muhammad.
Soal-
Tarikat itu kejadian daripada angin,adakah angin bertiup-tiup atau
angin
utara,selatan,timur,barat atau sebagainya??
Jawab:-
Adapun
Tarikat itu dikatakan daripada angin tidak sebagaimana angin yang tersebut
diatas
itu,Sebenarnya ialah Nafas Muhammad.
Soal-
Hakikat itu kejadian
daripada tanah. Adakah tanah seperti tanah liat,tanah bukit,kuning Pasir dan
lain lain lagi?
Jawab:-
Adapun
hakikat itu dikatakan tanah,bukan seperti tanah yang tersebut,sebenarnya ialah
Tubuh
Muhammad.
Soal-
Makrifat itu kejadiaan
daripada terang api,adakah seperti matahari,bulan,api biasa atau lampu atau api
elektrik?
Jawab:-
Sebenarnya
bukan seperti api yang tersebut,Sebenarnya ialah darah Muhammad.
~Adapun
kejadian diri kita yang zahir ialah asalnya 4 anasir iaitu
tanah,air,api
&angin,maka keempat2 itu asalnya 1 jua iaitu asal tanah air,asal air
angin,asal angin api,dan asal api itu ialah Nur Muhammad dan Nur Muhammad itu
pula Nur Allah.
Adapun
diri yang zahir itu kepada kita seperti berikut dibawah ini:-
~Bermula
tanah itu menjadi daging pada kita.
~Air
itu menjadi tulang pada kita.
~Angin
itu menjadi urat pada kita.
~Api
itu menjadi darah pada kita.
Maka masing2 ini kerjanya
didalam sembahyang.
Soal-
Tanah,air,api dan angin itu apa kerjanya di dalam sembahyang?
Jawab:-
~Adapun Af’al api itu berdiri
didalam sembahyang.
~Adapun af’al angin itu rukuk
didalam sembahyang.
~Adapun af’al air itu sujud didalam
sembahyang.
~Adapun tanah itu duduk di dalam
sembahyang.
Maka
keempat2 itu dinamakan dia jasmani ertinya tubuh yang zahir.
Adapun
nyawa jasmani itu rohani,maka yang bernama rohani itu tubuh Muahammad
hakikat,kerana
tubuh Muhammad itu tiada bercampur dengan keempat2 anasir itu,hanya
semata2
tubuh Muhammad itu rohani.
Soal-
Apa nama tubuh kita apa nama
nyawa kita?
Jawab:-
Adapun
tubuh kita bernama jasmani dan nyawa kita bernama rohani, maka yang bernama
rohani
itu lah tubuh Muhammad, sebab itulah kita beroleh bangsa daripada tubuh
Muhammad,maka
tiap2 sesuatu yang dibangsakan dengan tubuh Muhammad itu
diharamkan
atas api neraka,dan sebab itulah maka tiada boleh meninggalkan sembahyang
5
waktu,nescaya putuslah bangsa itu melainkan sebangsa dengan binatang jua
adanya.
Sabda
Nabi SAW
Barang siapa keluar masuk
nafasnya dengan tiap2 keluar masuk dengan tiada zikir
Allah,maka sia sialah ia.
Bermula
nafas itu atas 2 langkah-satu naik-kedua turun,maka tatlaka naik itu sampai
kepada
tujuh petala langit maka berkata ( Wan Nu rul yajri ilal ardhi pakhola Huwallah
)
Dan
tatkala turun sampai kepada tujuh petala bumi maka nafas nabi itu puji
Allah,tatkala
masuk
nafas itu namanya puji HU. Tatkala ia berhenti seketika antara keluar dan masuk
nafas
namanya puji AH-AH,dan ia tidur atau mati nafas HAKH dalam,maka ingatlah
olehmu
akan memelihara nafas itu,dengan menghadirkan makna ini sentiasa,didalam
berdiri,duduk dan diatas barang
yang diperbuat hingga memberi bekas pada sekelian
badan dan limpahlah segala
anggotanya,maka apabila tetaplah tilik hatimu maka jadilah
anggota hidup didalam 2 negeri
yakni dunia dan akhirat dan bahagiakan Allah baginya
pintu
selamat sejahteralah ia didalam dunia dan akhirat dianugerahkan Allah Taala
mereka
itu sampai kepada martabat segala nabi dan segala muslimin dan mengharamkan
Allah
Taala tubuh nya dimakan api neraka dan badan pun tidak dimakan tanah didalam
kubur,maka
engkau tetaplah dengan hati wahai saudaraku pada hal jangan engkau
daripada
orang yang lupa.Mudah mudahan dibahagikan Allah Taala atasmu,dengan
bersedapan
hingga sampai kepada ajal kamu.
Adapun
Nafas kita keluar masuk pada sehari semalam iaitu pada siang 12000 dan pada
malam
12000,Inilah bilangan jam sehari semalam 24 jam iaitu pada siang 12 jam malam
12
jam.Demikianlah juga huruf Kalimah La Ilaha Ilallah dan huruf Muhammad
Rasullullah
masing2 mempunyai 12 huruf berjumlah semua 24 huruf semuanya.
Maka
barangsiapa mengucap dengan sempurna yang 7 kalimah ini nescaya ditutup Allah
Taala
pintu neraka yang 7 juga.
Barangsiapa
mengucap yang 24 huruf ini dengan sempurna nescaya diampun Allah Taala
dosanya
yang 24 jam,inilah persembahan kita kepada tuhan kita yang tiada berkeputusan
yang
dinamai sembahyang Daim dan Puasa itu melakukan nafsu batin dan zahir.
Sabda
Nabi SAW
( Ana min Nurrullah wal alami Nurri )
Ertinya-
Aku daripada
Allah dan sekelian alam daripada aku,
sebab
itulah dikatakan ( Ahmadun Nuril Arwah ) ertinya-Muhammad itu ibubapa sekelian
arwah dan dikatakan (Adam Abu Basar ) ertinya- Bapa sekelian tubuh.
Adapun
yang dikatakan sebenar benarnya fardhu itu ialah nyawa,kerna nyawa itu
memerintah
kepada badan kita,jikalau digerak Allah nyawa itu bergeraklah badan kita.
Adapun
Awal Muhammad itu Nurani. Akhir Muhammad itu Rohani. Adapun zahir Muhammad itu
Insani.
Adapun
Batin Muhammad itu Rabbani.
Adapun
awal Muhammad itu nyawa oleh kita.
Adapun
akhir Muhammad itu hati kepada kita.
Adapun
zahir Muhammad itu rupa oleh kita.
Adapun
batin Muhammad itu ujud oleh kita.
Adapun
yang bernama Allah itu sifatnya.
Adapun
yang bernama Sebenar-benar Allah itu zat wajibal Ujud
Adapun
yang bernama insan itulah nyawa.
Adapun
yang sebenar-benar insan itu manusia yang tahu berkata-kata adanya.
Maka
inilah suatu risalah yang tersimpan daripada perkataan usul takhlik jalan
segala
orang yang mengenal Allah Taala.
Soal-
Tatkala manakah ia bernama ‘
HU’ dan tatkala manakah ia bernama ‘ Allah ‘ dan
tatkala manakah ia bernama ‘
Rahman ‘.
Jawab:-
Tatkala
‘La Takyin’ tiada nyata ia bernama ( HU ) dan tatkala ‘La Takyin’ Awal
nyatanya
ia bernama ( Allah ) dan tatkala ‘La Takyin’ Sani kenyataan ia bernama
(
Rahman )
Soal-
Akan La Takyin itu martabat
apa dan Takyin awal martabat apa dan Takyin Sani itu martabat apa?
Jawab:-
Adapun
La Takyin itu martabat zat mutlak dan akan Takyin awal itu martabat
zat(
Muqaiyyid pertambatan) dan akan takyin sani itu Sifat ( Muqaiyyid )
Soal-
Mana yang bernama zat mutlak dan mana yang bernama zat Muqaiyyid
dan mana yang bernama Sifat Muqaiyyid?
Jawab:-
Adapun yang bernama Zat Mutlak
iaitu (Qaibal Quyub) atau lenyap.Maka zat Muqaiyyid
itu Muqaiyyid dengan sifat dan
asma dan Muqaiyyid dengan alam ini.
Soal-
Apa sebab 3 martabat itu
dikatakan oleh pendita,tiada ia kepada baharu ujud?
Jawab:-
Kerana
martabat yang 3 itu sebab ia ketuhanan hak Taala daripada ujudnya dengan
cahaya
dan jauhar dan a’rad supaya jangan sama.
Soal-
Betapa beza hakikat Muhammad
dengan Hakikat Insan?
Jawab:-
Adapun
Hakikat Muhammad dengan Insan itu umpama sumbu maka ada nyala di hujung
sumbu
itu,demikian juga hakikat Muhammad dengan Insan,maka yang lain itu hakikat
Allah
maka sempurnalah hakikat Makrifat diri kita dengan dia.
Soal-
Ahdiat,Wahdah,Wahdiat itu
ketuhanan kepada Allah??
Jawab:-
Satu
ketuhanan zat,kedua ketuhanan sifat,ketiga ketuhanan Af’al asma’
Soal-
Akan alam roh,alam
misal,alam ajsam,alam insan,apa kepada Allah Taala?
Jawab:-
Adapun
alam roh,alam misal,alam ajsam dan alam insan itu rohul Qudus kerana ia
teladan
segala hakikat.
Soal-
Apa martabat Rohul Qudus??
Jawab:-
Bayang
hak Allah kerana Pusaka ia yang Asa
Soal-
Apa pusaka mutlak atau
pusaka zat Muqaiyyid?
Jawab:-
Iaitu
pusaka zat mutlak pandangan zat Muqaiyyid kerana 2 tilik,
1)
Tilik keatas maka iaitu Mutlak
2)
Tilik kepada Ujudnya iaitu zat Muqaiyyid
Soal-
Apa martabat Muhammad itu
kepada kita tilik kita?
Jawab:-
Adapun
martabat Muhammad itu kepada kita Roh Idofi dan akan kita Sir Qalbi.
Soal-
Muhammad itu apa kepada
Allah dan apa kepada insan?
Jawab:-
Adapun
akan Muhammad tilik takyin kepada Allah Taala khatam isyarat kepada kita.
Soal-
Betapa isyarat kepada kita?
( Makfirat )
Jawab:-
Adapun
isyarat makrifat itu kepada kita atas 4 hal:-
1)
Musyahadah
2)
Murakhobah kita
3)
Muqarannah
4)
Muqabalah
Inilah
pekerjaan yang dikerjakan oleh ulamak.
Soal-
Apa sebab dinamakan dengan
Musyahadah,Muraqobah,Muqaranah,Muqabalah?
Jawab:-
Adapun
sebab itu kerna ia menghasilkan zikir kepada rahsia yang mengzahirkan Baqa
maqam
rahsia.
Soal-
Muhammad itu apa ia kepada
Allah dan Allah itu apa ia kepada Muhammad?
Jawab:-
Adapun
Muhammad itu sifat Allah dan Allah itu zat kepada Muhammad.
Soal-
Hakikat Muhammad itu apa ia
dan insan apa ia?
Jawab:-
Adapun
sebenarnya diri itu sifat Muqaiyyid ialah yang dinamakan ‘ Akyan Sabitah’
maka
Akyan Sabitah itu Hak Allah Taala disempurnakan dengan Hak Allah.
Soal-
Apa dinamakan Hak Taala itu?
Jawab:-
Adapun
yang dinamakan Hak Taala yang tiada betapa dan tiada meminta.Inilah
sebenarnya
Hak Taala tiada baginya peri,maka hak Taala ( Peri yang maha tinggi )
Soal-
Betapa hak kita kepada Allah
Taala?
Jawab:-
Adapun
hak kita kepada Taala itu bayang kepada haknya adapun hak kita serahlah akan
bayang-bayangnya.
Soal-
Maka hak itu pula apa kepada
kita?
Jawab:-
Apapun
hak itu kepada kita zat sekali2.
Soal-
Betapa dikatakan oleh segala
ahli hakikat hak Taala itu tuhan kita?
Jawab:-
Sebab
dikatakan itu kerana tatkala menilik dirinya menjadi tubuh insan kerana inilah
pihak
dikatakan ia tuhan dan pihak ujudnya dikatakan zat.
Soal-
Adakah zat itu berzat pula
kepada hakikat Muhammad itu adakah ia berzat?
Jawab:-
Adapun
hakikat Muhammad itu hakikat Allah itulah sekali2 ditilik.
Soal-
Apa sebab maka segala insan
itu termulia kepada Allah daripada yang dijadikan?
Jawab:-
Adapun
manusia termulia dari kerana Rohul Quddus.Inilah dimuliakan Allah Taala.
Soal-
Roh Quddus itu nyawa siapa?
Jawab:-
Adapun
roh Quddus itu nyawa Muhammad dan hakikat insan ia,maka sekelian itu ialah
memerintah
sekelian isi langit dan bumi.
Soal-
Apa yang nyata Muallim itu?
Jawab:-
Adapun
yang nyata di dalam Muallim itu Roh Idofi iaitu cermin yang suci.
Soal-
Apa sebab Roh Idofi itu
dinamakan cermin yang maha suci.Dan ditaksilkan dengan
cermin yang maha suci?
Jawab:-
Adapun
roh idofi itu ditaksilkan cermin kerana ia nyata bayang2 yang didalam cermin
sebab itulah maka dinamakan
cermin.
Soal-
Apa sebab roh Quddus bayang2 Hak Taala?
Jawab:-
Kerana
inilah maka dikatakan ia nyawa Muhammad iqtiqad Ulama’.
Soal-
Kerana apa hak Taala itu
nyawa kepada insan?
Jawab:-
Kerana
teladan ujudnya Hak Taala serupa dengan ujudnya yang berujud insan itu,tetapi
dia
dialam bahawa alam tiada berupa.Inilah dikatakan serupa tiada lain yang
diserupakan
kerana
harus pada akal dan lafaz mengatakan:-
“Nutasabiha
wa pairi mutasabih”
Soal-
Ujud yang mana serupa dengan
insan itu,Ujud Mutlak atau Ujud Muqaiyyid?
Jawab:-
Adapun
ujud yang serupa dengan insan itu ujud Muqaiyyid jua.
Soal-
Yang mana dinamakan Ujud Muqaiyyid itu?
Jawab:-
Inilah Ujud Allah Taala hakikat
ujud insan yang dinamakan Muqaiyyid itu kerana ialah
pertambatan
hak Taala
Soal-
Apa sebab hak Taala
dikatakan oleh segala ahli hakikat dan segala ahlillah insan itu hak Taala?
Jawab:-
Kerana
mengzahirkan akan dirinya kepada insan sifat Allah,Itulah sebab dikatakan itu.
Soal-
Adakah hakikat bertakyin itu
sampai ‘Makrifat’ insan itu kesana atau tiadakah?
Jawab:-
InsyaAllah
Taala.Mudah mudahan dikurniai hal keadaan yang demikian.
Ketahuilah
olehmu hai orang yang menuntut ilmu, jangan syak wasangka.Seperti kata
Ahdah
zat,Wahdah sifat Allah,Wahdiat Asma’ Allah,alam roh,alam misal,alam
ajsam,alam
insan itu af’al Allah dan af’al Allah itu tubuh pada kita.Asma Allah itu hati
pada
kita,Sifat Allah itu nyawa pada kita dan zat Allah itu Sirr pada kita yakni
rahsia
pada
kita.
Adapun
Sirr itu pada kita tempat tajali zat Allah roh pada kita tempat tajali sifat
Allah
hati
pada kita etmpat Tajali Asma’ Allah, tubuh pada kita tempat tajali Af’al
Allah
Adapun
sempurna niat tiada diatas tiada dibawah tiada dikanan tiada dikiri tiada
dibelakang
tiada dihadapan.
Ertinya:-
Asa kan sama dengan akalmu lenyapkan badanmu dengan nyawamu,pejamkan
pandanganmu
mata disana,lumatlah rupamu ertinya barang siapa menghasilkan kata
empat
itu didalamYakni fikirannya.Nama ( Khassa khass )
Diri Batin:-
Adapun
diri yang batin itu iaitu nyawa daripada anasir yang batin iaitu ujud,ilmu nur
suhud
yang dinamai ia insan hakikat.Adapun diri kita yang zahir itu umpama sebuah
perahu
diperintah oleh nahudanya.Masing2 perahu masing2 nahudanya.
Adapun
7 sifat itu ialah Hayat,Ilmu,Kudrat,Iradat,Samak,Basar,Kalam maka yang 7 sifat
dikurniakanAllah
Taala kepada nyawa kita supaya kuasa ia memerintah tubuh kita itu
kerana
bahawa tubuh kita itu semata-mata wayang kulit tiada mempunyai perintah
melainkan
dengan perintah Dalang.Dan adalah nyawa itu umpama pesawatnya kerana
dalang
itu jika tiada pesawat nescaya tiada zahir hikmat dalang itu maka jangan lah
terhenti
memandang pesawat itu( Makrifat yg sebenar2 nya.)
Kerana
itu tiada bercerai dalang dengan wayang dan wayang tiada bercerai dengan
dalang
jikalau bercerai nescaya binasa wayang itu tiada berketahuan lagi.Demikianlah
keadaan
hamba dengan tuhan sentiasa tiada bercerai daripada azali datang kepada Abda.
Inilah
pasal menyatakan sembahyang dan mengetahui asal sembahyang dan mengetahui
segala
Fardhu sembahyang.
Soal-
Jika ditanya orang sembahyang itu dengan solat,satu namakah atau
berbeza?
Jawab:-
Adapun pada pihak lafaznya itu
berbeza tetapi pada pihak maknanya satu jua.Tetapi yg
dinamakan
solat itu penerimaan adapun dinamai sembahyang itu pada pekerjaan yg zahir.
Soal-
Jika ditanya orang apa
asalnya Subuh 2 rakaat,zohor 4 rakaat,asar 4 rakaat,maghrib 3 rakaat dan isyak
4 rakaat?
Jawab:-
Adapun
sembahyang subuh itu 2 rakaat kerana kenyataan zat dan sifat.Sembahyang
Zohor
4 rakaat kerana Tajali Tuhan itu 4 perkara iaitu
Hayat,Kudrat,Ilmu,Iradat,Sembahyang
Asar 4 rakaat kerana asal Adam itu 4 martabat
iaitu
Tanah,air,api,angin.Dan sembahyang maghrib 3 rakaat kerana 3 perkara
Ahdah,Wahdah,Wahdiyat
ertinya (Allah,Muhammad,Adam ) dan sembahyang Isyak 4
rakaat
iaitu ( Di,Wadi,Mani,Maknikam )
Soal-
Jika ditanya orang kepada
kita sembahyang itu apa faedahnya kepada kita yang
mengerjakan dia itu dan apa
kehendak kita?
Jawab:-
Adapun
disuruh kita sembahyang itu iaitu tiada memberi manfaat kepada Allah Taala dan
tiada
mengambil faedah atasnya.Adapun faedahnya sebab kita mengerjakan sembahyang
itu
sebab kita sebenar2 hamba lagipun kita mengaku akan Allah Taala itu Tuhan yang
sebenar2nya
lagi Asa ia zatnya,sifatnya,Af’alnya,iaitu seperti firman Allah didalam Al-
Quran:-
(Alastu
Birobbikum Kholu Bala )
Ertinya-
Bukankah aku tuhanmu,maka sembah segala zuriat(engkaulah lah tuhan kami )
Maka
hendaklah kita sembahyang itu dengan ikhlas,ertinya tiada sebab berkehendak
syurga
dan sebab takut akan neraka hanya kita ini martabat kehambaan maka Allah itulah
tuhan
kita yang sebenar2nya jika tiada demikian itu nescaya berdosalah kita dengan
tuhan
kita.
Soal-
Berdiri didalam sembahyang itu apa asal?
Jawab:-
Bermula berdiri itu daripada api
asalnya.Rukuk itu angin asalnya.Sujud itu Air
asalnya.Duduk
itu Tanah asalnya.
Soal-
Api,angin,air,tanah itu apa
pada kita?
Jawab:-
Adapun
api itu nyawa kita,angin itu jadi nafsu kita,air itu jadi darah kita,tanah itu
jasad
yakni
badan kita.
Soal-
Berdiri itu perbuatan
apa,rukuk itu perbuatan apa,sujud itu perbuatan apa,duduk itu perbuatan apa?
Jawab:-
Adapun
berdiri itu kebangkitan pada nyawa,rukuk itu kebangkitan pada nafsu,sujud itu
kebangkitan
pada darah dan duduk itu kebangkitan pada jasad kita
Inilah
af’al nabi SAW.Rasullullah kepada Abu Bakar,Omar,Osman,Ali ( Radiallah )
maka
sabdanya barang siapa mengetahui Tajali waktu ini maka sempurnalah sembahyang
dan
makrifatnya.Dan jika tiada diketahui maka tiada sah sembahyang dan
makrifatnya.Maka
inilah yang bernama Fardhu.Maka inilah yang asal fardhu dan juga
inilah
Tajali waktu maka sembah Ali Ya Junjunganku.Apa sebab Subuh 2 rakaat,zohor 4
rakaat,asar
4 rakaat,maghrib 3 rakaat dan isyak 4 rakaat.Maka sabda nabi,Ya Ali,Subuh 2
rakaat
kenyataan zat dan sifat,waktu zohor 4 rakaat kerana tajali Tuhan 4 perkara
Ujud,Ilmu
Nur,Suhud.Waktu Asar 4 rakaat kerana 4 perkara,Tanah,air,api,angin.Waktu
maghrib
3 rakaat kerana tajali 3 perkara Ahdah,Wahdah,Wahdiat ertinya
Allah,Muhammad,Adam(Zat,Sifat,Af’al).Waktu
Isyak 4 rakaat kerana tajali Hamba itu 4
perkara
( Di,Wadi,Mani,Maknikam ).
Soal-
Jika ditanya orang mana asal sembahyang itu?
Jawab:-
Adapun asal sembahyang itu ( 4 )
Tanah,air,api,angin.
Soal-
Jika ditanya orang apa perbuatan sembahyang itu?
Jawab:-
1) Kiyam yakni berdiribetul
2) Rukuk
3) Sujud
4) Duduk iaitu yakni tetap.
Maka kiyam itu yakni berdiri
betul iaitu af’al api,kerana api menyala betul berdiri.
Rukuk itu pula af’al angin
kerana angin itu condong betul.
Sujud itu af’al air kerana air
itu menolak kebawah dan duduk pula af’al tanah kerana
tetap dibawah.
Soal-
Jika ditanya orang 5 waktu itu keluar daripada apa?
Jawab:-
Bermula 5 waktu itu keluar
daripada Alif,Lam,Ha,Mim,Dal.( 5 huruf )
Soal-
Jika ditanya orang 5 waktu keluar dari
apa,Zohor,asar,maghrib,isyak?
Jawab:-
Adapun waktu zohor itu daripada
huruf ( Alif )Asar itu daripada huruf ( Lam ),Maghrib
itu dari huruf ( Ha ),Isyak itu
dari huruf ( Mim ) waktu subuh pula dari huruf ( Dal ).
Soal-
Jika ditanya orang apa sebab bacaan waktu zohor dan asar tidak
dinyaringkan dan apa sebab waktu maghris,isyak,subuh bacaan dinyaringkan?
Jawab:-
Sebab waktu zohor keluar dari
huruf ( Alif ).Waktu Asar keluar dari huruf ( Lam ) maka
huruf alif dam huruf lam keluar
daripada lafaz nama Allah.Kerana Alaah Taala tiada
bertakyin kerana batin
adanya.Maka sebab itulah sembahyang zohor,asar itu
disembunyikan yakni tiada
dinyaringkan.Adapun waktu maghrib,isyak,subuh itu
dinyaringkan kerana waktu yang 3
itu keluar daripada huruf ( Ha,Mim,Dal )kerana 3
huruf ini huruf Muhammad ( SAW )
Kerana
Muhammad itu tuhan takyin dan segala takyin itulah mengzahirkan nama Allah
dan
takyin itulah juga menyatakan zat,sifat,af’al daripada nyatanya.
Itulah
sebab sembahyang maghrib,isyak,subuh dinyaringkan,kemudian disembunyikan
segala
takyin itu daripada takyin.Maka kembalilah kepada takyin seperti sabda
nabi(Alan
Kama)
kata takyin sekarang pun dahulu jua tiada bertakyin juga.Kerana zahir itu
kembali
kepada
yakin pertamanya.Maka kita bertafakur kemudian disunyikan,barangsiapa tahu
akannya
hakikat yang demikian,maka tahulah ia akan hakikat sembahyang.Sekian
adanya.
Bismillahhirrohmanirrohim
Ini
pasal menyatakan kiblat orang sembahyang itu 3 perkara:-
1) Kiblat tubuh
2) Kiblat hati
3) Kiblat nyawa
1)
Adapun kiblat tubuh itu atau kiblat dada itu kaabah,maka segala orang yang
sembahyang
hendaklah mengadapkan kiblat ini.Jikalau tiada kiblat ini maka tiada
sah
sembahyangnya.Maka hendaklah dadanya,segalanya
anggotanya,urat,daging,darah,tulang
semua segala anggotanya sebab difardhukan
oleh
Allah Taala segala orang islam mengadapkan dia maka sah sembahyangnya.
2)
Kiblat Hati:-Adapun kiblat hati itu kepada tuhan Kaabah Allah maka hendaklah
kita
iktikadkan Allah Taala tiada dikanan,tiada dikiri,tiada dihadapan,tiada
dibelakang,tiada
diatas,tiada dibawah bahkan tiada ditentukan disuatu tempat ia
jua
melainkan meliputi alam selian ( Ahadon Shomadan ) seperti firman Allah
(
Wallahhumuhithom Anil alamin ) ertinya-Allah meliputi alam sekelian.Firman
Allah
lagi ( Wahuwa ma’akum A’innama Kuntum ) ertinya-Allah jua suatu kata
barang
dimana saja kamu berada adalah tuhan kamu,jikalau demikian itu nyata
bahawa
Allah itu tiada ditentukan akan tempat kepadanya.Suatu tempat tetapi ia
hadir
jua.Maka keadaan demikian itu iktikad kita inilah yang dikehendaki hati
kita.
3)
Kiblat nyawa:-Adapun kiblat nyawa itu pula sentiasa ia tiada bercerai dengan
tuhannya
kerana
anugerah oleh tuhannya.7 sifat iaitu hayat dihantarkan kepada nyawa kita maka
hiduplah
dengan yang hidup maka dihantar
pula ilmu kepad
Hati
kita maka tahulah kita dengan yang tahu,maka dihantar pula kudrat kepada
anggota
kita maka kuasalah kita dengan kuasanya,maka dihantar pula iradat
kepada
nafsu kita jadi berkehendaklah kita yang berkehendaknya.Maka dihantar
pula
Samak kepada telinga kita maka mendengarlah kita dengan yang
mendengarnya,maka
dihantar pula Basar kepada mata kita maka melihatlah kita
dengan
melihatnya maka dihantar Kalam kepada kita maka berkata-katalah kita
denagn
berkata-katanya.Maka ditakyinkan kepada iktikad kita yang berkata-kata
inilah
Allah Taala.Apabila engkau ketahui hal yang demikian maka hendaklah
engkau
ketahui fanakan dirimu itu segala perbuatanmu itu didalam Af’al Allah
semata-mata
maka hapuslah,karamlah,lenyaplah sifat itu didalam sifat
Allah.Maka
sifat Allah semata2 tiada sekali2 sifat kita,maka hapuskanlah zat sifat
kita
didalam zat Allah.Biarlah tinggal zat Allah semata2 kerana kita tanah
kembali
kepada Adam sedia kala.
Maka
kata olehmu ( Allah Hu Akhbar )itulah bernama sembahyang orang
(
KhasulKhas ) namanya maka peroleh makam fana jati dan makam Tabdul
Kalam
Allah.Jikalau tiada demikian maka tiada sah sembahyangnya maka tiliklah
sembahyangnya.Ia
menyembah huruf dan suara dan menyembah bayang yang
Asa.Maka
sempurnalah ibadatmu dan amalan mu itu kepada Allah Taala kerana
inilah
dinamakan sembahyang-Hai saudaraku,ketahuilah olehmu akan sempurna
sembahyang
itu tiada sah sembahyang itu tiada niat,dan ikhlas,melainkan dengan
hati
dan tiada diterimanya hati itu dengan ilmu dan takyin.Adapun erti hati itu
Ikhlas
ilmu dan makrifat itu ialah rohani,maka ketahuilah olehmu bahawa
sekelian perbuatan itu dengan
niat dan tertib.Tertib itu daripada Qasad dan Qasad
tertib itu daripada hati yang
tatif iaitu rohani.
Adapun
cita2 terdahulu daripada niat dan Qasad itu pula 3 bahagi
1) Qasad nafsu
2) Qasad kiblat
3) Qasad roh
Adapun Qasad roh didalam rahsia
adapun tatkala berdiri sembahyangnya itu maka
kita
hapuskan dan lenyapkan perbuatan kita didalam af’al Allah,maka tinggallah
af’al
Allah semata2 dan kudratnya.Maka kata olehmu Allah Hu Akhbar makam
hanaak
jati dan makan pana mikraj mikraj tabdul dan makam Islam maka peroleh
lazat
dan citarasa baginya.
Ketahuilah
olehmu bahawasanya jalan kepada Allah Taala itu 4 jalan
1)
Jalan Syariat
2)
Jalan Tarikat
3)
Jalan Hakikat
4)
Jalan Makrifat
Adapun
syariat itu kata2 nabi2
Tarikat
itu perbuatan Nabi
Hakikat
itu tempat kediaman nabi
Makrifat
itu ialah rahsianya.
Adapun
istana syariat itu lidah,Istana tarikat itu hati,Istana Hakikat itu
nyawa,Istana
Makrifat
itu kelakuan Nabi.Meliputi dengan semata2 sekelian alam inilah dinamai jalan
yang
4 itu.Maka hendaklah kita ketahui dan kenal dengan hatinya.
Bermula
syariat itu kerja tubuh,tarikat itu kerja hati,hakikat itu kerja nyawa dan
makrifat
itu
kerja rahsia.
Soal-
Jika ditanya orang apa
dijunjungan islam?
Jawab:-
Adapun
dijunjung oleh islam itu Titah yang 4 bahagi
1) Syariat yang dijunjung oleh
anggota islam
2) Tarikat dijunjung oleh hati
islam
3) Hakikat dijunjung oleh nyawa
islam
4) Makrifat itu dijunjung oleh
orang yang mengetahui islam yang 4
Maka inilah orang yang dinamakan
( Sho Fi Daari ) ertinya hidup kepada 2 negeri maka
orang inilah dinamakan orang
segala orang yang arif ( Ya Allahi Khasu Khass)ertinya
pilihan dan mukmin shodiq mukmin
yang sebenar maka inilah yang dikatakan
bergantung pada tali Allah.Allah
yang tiada berputus musyahadah dan muqabalah dan
muraqabah dengan hak Allah Taala
daripada Aadam kepada ujudnya.Daripada ujud
kepada aadamnya tiada bercerai
tiada bertemu tiada lain daripadanya.Dan lagi Allah
Taala
menjadikan sembahyang seperti nabi Ahmad Muhammad pun namanya.Maka
Ahmad itu 4 huruf
Alif,Ha,Mim,Dal,maka berdiri itu seperti Alif,rukuk itu seperti
Haa,Sujud
seperti Mim,duduk seperti Dal,demikian 4 itu.
Adapun
tubuh manusia itu yakni tubuh Adam alai hissalam.Asal kejadian dari 4 anasir
tanah,air,api dan angin.
Adapun tanah itu tempat nyawa
ujud Allah yang bernama Hakim ertinya yang tahu pada
hukumnya.Adapun air itu tempat nyata
ujud Allah yang bernama Muhyi yag yang hidup.
Angin itu tempat nyata ujud
Allah yang bernama Qaiyum ertinya yang kuasa.Api itu pula
tempat nyata ujud Allah yang
bernama Aazim.Maka hendaklah ditilik dan dilihat kamil
mukamil
itu seperti memilik ia kepada bercerai maka ia melihat berhimpun 4 itu kepada
insan
maka ia menilik kepada insan dilihat dengan mata hati pada insan ujud Allah
yang
bernama Allah inilah isyarat
hadis nabi ( Man nazara ila Sai in Walam yarallah fi fahuwa
batiun
)Barangsiapa memilik kepada sesuatu tempat tiada dilihat Allah pada maka iaitu
batal.Inilah
arif kamil mukamil tiada berputus dirinya,hatinya,nyawa,dan rahsianya
itu,berkehendak kepada yang
bernama Allah.
Adapun diri kita 2 bahagi
1) Diri berdiri
2) Diri terperi
Maka
berdiri itulah sifat kehambaan yang jadi daripada 2 ibubapa kita asal daripada
mani,tatkala
masuk kedalam rahim ibu 40 hari,nutpah namanya.Genap 80 hari Alagah
namanya
ertinya Darah berkumpul.Genap 120 hari Mudqah namanya ertinya daging tiada
bertulang.Kemudian
daripada manusia dirupakan Allah Taala akan dia yang kehendaki
merupakan
dia dan tanah sempurnalah kejadiannya.
Maka
dititahkan nyawa masuk kedalam dengan dikehendaki ,dan apakala masuk nyawa
kedalam
ibunya maka dikeluarkan Allah daripada perut ibunya kepada alam wasitah
seperti
orang yang telah jaga dari tidurnya.Maka dilihat tiada lagi rupa yang telah
dilihatnya
maka ia pun menangis.Sebab suaranya itulah bernama insan.Tatkala ia tahu
menangis
Muhammad namanyatatkala inilah dijadikan Allah ( Ahlil Sunnah Waljamaah )
Tatkala
ia tahu menyusu ( Sipiah namanya ) tatkala ia tahu berkata-kata kitab
namanya.Kerna
tatkala itu nyata rupa semasa dalam kandungan ibunya inilah yang
dikenalnya
itu,tatkala ia pandai meniarap Hanafi namanya,tatkala ia tahu duduk Malik
namanya,tatkala
tahu berdiri Hambali namanya,tatkala ia boleh merangkak Syafie
namanya.Inilah
jalan aman yang 4 itu,dijadikan Allah Taala tatkala dalam peliharaan
ibubapa
tahu berlari Shorih namanya.Kerana tatkala itu suatu pun tiada menkhabarkan
diri
ada kelebihan didalam rahim ibunya.
Maka
tatkala sudah cerdik boleh berjalan berlari,pandai berkata2 maka tatkala itu
leka ia
dengan
dunia dan lupa ia akan dirinya.Maka masuklah kedalam dunia ini hilanglah ilmu
itu
menunjukkan diri kita yang terperi itu Araad jua.Segala guna yang ada ini tiada
kekal
ia
pada kedua masuk dan kurang itu 1 alam jasmani jua bukan alam rohani kerana
alam
jasmani
itu tempat nyata alam rohani,ertinya ( alam jasmani,alam rohani ) maka telah
ketahui
bahawasanya keadaan kita insan bahawasanya alam rohani itu tetap selama2nya
Tiada
berubah,tiada kurang daripadanya.Inilah diri kita dengan terperi dengan segala
peri
mulia.Adapun
diri terperi itu tiada makan,tiada minum,tiada beristeri,tiada beranak,tiada
beribu,tiada
tidur,tiada mati,maka diri kita inilah dikurniakan Allah Taala sifat 2 x 7.
Maka
dengan sifat inilah diri berdiri itu umpama perahu diperintah oleh
nahudanya.Masing2
perahu masing2 nahudanya.Adapun sifat 2 x 7 dikurniakan Allah
Taala
kepada roh iaitu sifat Ma’ani dan sifat Maknawiyah itulah dikurniakan Allah
Taala
roh
kita supaya kuasa memerintah jasad kita.Semata2 wayang kulit.tiada yang empunya
perintah
melainkan dengan perintah Tok Dalang jua.Dan roh adalah umpama menutup
dalang
itu jikalau tiada pesawatnya.Nescaya tiada akan zahir hikmatnya memandang
pesawat
itu.Maka hendaklah Makrifat yang tahkik kerana dalang itu tiada bercerai
dengan
wayang dan wayang itu tiada bercerai dengan dalangnya.Seketika juapun,jikalau
bercerai
nescaya binasalah wayang itu.Demikianlah juga keadaan hamba denagn
Tuhan.Sentiasa tiada bercerai
daripada asal datang kepada Abda’ inilah firman Allah.
(Wahuwa
Maakum Anama kuntum ) ertinya Allah serta kamu barang dimana kamu.Dan
martabat
Sani pun serta kita maka Allah Fardhukan kita pandangan jangan lalai serta
hamba
dengan tuhan daripada azali datang kepada Abda’,kemudian daripada itu ketahui
olehmu
akan nama Allah akan nama Allah dan Muhammad.Adapun nama Allah ini 4
huruf
iaitu Alif,Lam,Lam Haa dihimpun (Allah).demikian suatu Allah dan lagi insan pun
5
jari kelingking huruf alif,jari manis huruf lam,dan jari tengah huruf lam akhir
dan
telunjuk
dan ibu jari itu huruf haa.Demikianlah suatu Allah pada jari tangan kiri kanan
dan
kaki kiri kanan itu jua huruf insan itu nama ( Allah ) dan nama rasullullah
kerana
firman
Allah didalam hadis Qudsi iaitu jasmani insan.
Tubuh
manusia,nafsu,hati,nyawa,melihat,lidah,tangan,kaki semuanya itu aku nyatakan
bagi
diriku maka tiada insan lain daripada aku dan tiada aku lain daripadanya.Maka
sebenar2
insan itu Muhammad.Maka Allah Subhanawataala itu tajalilah ia kepada insan
itu
seperti firmannya ( Al insanin siri waana sirrhu ) ertinya insan itu rahsiaku
dan rahsia
aku
rahsianya.Lagi ( Al insannu sirri wana sirri wasifatu la qairuh ) ertinya-insan
itu
rahsiaku
dan sifatnya sifatku tiada lain daripadaku.Demikian kemuliaan insan kepada
Allah
Taala maka hendaklah ketahui keadaan rahsia Allah itu jikalau tiada ketahui
nescaya
didalam dosa yang amat besar seperti sabda nabi ( Ujuduka zambuu la
yuqasabihi
zambun ) ertinya-Adamu rasanya yang sebagai denagn dia rasa sentiasa rasa
engkau,engkau
didalam rasanya.
Didalam
kebaktian sekelian pun kerana kebaktian jikalau tiada ilmu maka tiada
sempurnalah
kebaktian kepada Allah Taala kerana ini sabda nabi ( Al ilmu rohu wal amal
jasad
) ertinya-Ilmu itu nyawa dan amal itu tubuh yakni jikalau tiada nyawa maka
tiada
dapat
tubuh itu bergerak.Demikianlah kebaktian pun jika tiada dengan tiada
sempurnanya.Adapun
nama Muhammad itu pada tubuh kita ada 4 huruf
mim,haa,mim,dal.Adapun
kepala kita huruf mim,tangan kita huruf haa,pinggang itu huruf
mim
akhir dan peha kedua itu huruf dal.Demikianlah didalamnya.Tiada lain daripada
nama
Allah dan nama Muhammad maka tiliklah nyata2 dengan memohonkan kerana
Allah
Taala tuhan yang sebenar2nya.
Adapun
rahsia itu tersembunyi nyawa,nyawa dan rahsia tersembunyi pada tubuh maka
inilah
( Tanzil ) yakni pandangan turun pada taqwa.Yakni pandangan naik.Maka
pandangan
badan menunjukkan hati,hati menunjukkan nyawa,nyawa menunjukkan rahsia
dan
rahsia menunjukkan ujud Allah Taala.Maka zikirlah ( Lailaha illa Allah ) tiada
tuhan
hanya Allah.
Sabda nabi,barangsiapa tiada
tahu akan sembahyang maka iaitu sia2lah sembahyangnya
kerana sembahyang 5 waktu itu
rasullullah empunya waktu,rasul 5 waktu Allah jadikan
dia
dahulu daripada 70000 tahun dahulu lamanya iaitu dari 4 bangsa
Kudrat,Iradat,Rahmat,Hibatnya.Maka
tilik Allah akan 4 itu menjadikan 5 rupanya iaitu
Putih,kuning,merah,hijau.Bermula
putih waktunya subuh.Kuning waktunya zohor,merah
waktunya
asar,Hijau waktunya maghrib dan hitam waktunya isyak.Semuanya ini pada
tubuh
manusia ( tubuh kita ) maka sebab itulah berdiri,rukuk,sujud,duduk kerana Allah
Taala
menjadikan Nabi Adam itu daripada 4 anasir iaitu tanah,air,api,angin.Maka
berdiri
itu
peri api kerana api nyala tegak menjulang keatas,rukuk itu perbuatan angin
betul
condong,sujud itu perbuatan air
kerana air itu mengalir kebawah dan duduk itu itu
perbyatan tanah kerana tanah
atau bumi.Demikianlah asalnya orang (Ahlul Hakikat ).
Adapun berdiri itu daripada
huruf alif,rukuk itu daripada huruf lam,sujud itu daripada
huruf haa.tomakniah itu dari
huruf mim,duduk itu dari hurf dal.Adapun asal waktu yang 5
itu daripada
alif,lam,haa,mim,dal.Adapun waktu zohor itu huruf alif maknanya dari ujud
waktu asar daripada hurf
lam,makna daripada ilmu Allah.Waktu maghrib itu daripada
huruf haa makna kudrat
Allah,waktu subuh itu daripada huruf dal makna daripada sir
Allah,maka dinamakan isyarat
daripada zatnya,sifatnya,asmanya dan af’alnya.Dan inilah
sebenarnya sempurna tuhan
namanya maka ketahuilah oleh akan waktu yang 5 itu.Kija
tiada
ketahui tiada sah pekerjaannya adapun pertama dijadikan Allah Taala hati dan
mata
inilah
menjadikan waktu subuh,kemudian dijadikan Allah urat inilah menjadikan waktu
zohor,kemudian
dijadikan Allah tulan.Inilah menjadikan Maghrib.Kemudian dijadikan
Allah
roh inilah dijadikan Allah waktu jumaat maka inilah berhimpun puji dan sembah
jua
adanya.
Adapun
kemudian itu wahai saudaraku ketahuilah olehmu dunia dan akhirat akan
perkataan ini ingatkan dan
pandanglah didalam rupamu,berjalan,berdiri,bergerak,didalam
sembahyang,didalam
berkira.Jangan saudaraku lupakan pandangan itu seketika walaupun
sekelip
mata jua pun.Maka kenyataan ini tiada tahu oleh orang.Jikalau tiada guru yang
kasih
akan anak muridnya.Maka tiadalah dapat akan perkataan ini tiada boleh didengar
oleh
orang lain kerana ilmu kesudahan,maka tiada lagi dikata inilah nama ( Mahmu
Utirida
) ertinya-perhimpunan rahsia yang mulia2.
Inilah
rahsia hamba kepada saudaraku maka hendaklah ingat baik2 jangan lupa walau
sekelip
mata jua pun seperti firman Allah ( Barang siapa tiada kenal akan milikku itu
nescaya
akan bakar akan dia dengan api neraka walau pun ia seorang alim sekalipun dan
barang
siapa akan ambil milikku,maka orang itu hampirlah ia dengan aku dan tiada
terlindung dia dengan aku.
Adapun yang bernama milik Allah
itu iaitu segala sifat yang 7 pada kita itu ialah barang
ujudnya.Maka barang tiada maujud
melainkan dengan ampunya bayang2 maka bukan ia
tetapi lain daripadanya.Maka
wajiblah atas kita mengambil hak Allah yang daripada kita
inilah
sifatnya yakni jangan ada lagi hidup kita,tahu kita,melihat kita,dan kata2 kita
melainkan
hanya Allah Taala.Dengan hakikat hati jua bukan dikata dengan lidah
menyebut
zikir La Ilaha Illallah atau Hu Hu atau tatkala
duduk,berjalan,bergerak,diam,makan,minum,maka
inilah lafaz menilik bagi Allah
hendaklah
kita pandang siang dan malam.Adapun kita ini bertubuhkan Muhammad Batin
dan
zahir,maka yang ada jadi pada tubuh kita hakikat kerana kejadian roh kita dan
tubuh
kita
daripada Nur Muhammad nescaya Muhammad juga namanya.Maka tiada lain kepada
hakikat
dan jadi bertubuh yang batin dan zahir namanya itu kerana nama rahsia itu
terlalu
banyak.Allah
pun namanya jua.Adapun sebenar2 sifat kepada kita inilah rahsia yang
sebenar2
rahsia yang ada pada kita yang ketahui.Adapun jalan hakikat inilah ( Allah Hu
Akhbar
) inilah sifat af’al tiada lagi hati menyebut dan tiada lagi lidah
berkata,hanya sifat
Asma’
hayat,ilmu,kudrat,iradat yang mengatakan.tiadalah hati lagi kerana rahsia Allah
Hayat,Ilmu,Kudrat,Iradat
nama rahsia Allah kepada batin kita memerintah roh2
memerintah
hati.Hati memerintah tubuh,maka tubuh pun berlakulah berbagai2 kehendak
memerintah
sekelian itu,maka makrifat ada dengan sendirinya tiadalah dua ,tiga.Hanya
Allah memuji dirinya sendiri
tiadalah kita lagi rasa hati dan tubuhnya maka jangan
diingatkan
lagi hanya Allah yang ada itu kerana Allah yang bernama rahsia itu
kehendaknya
kita menjadi serasi dengan dia.Jikalau tiada serasi siapa kita hendak lagi
kerana
rahsia yang dapat melihat Allah Taala mengenal Allah,Memuji Allah,hendaklah
bagi
kita rahsia Allah kepada kita itu jadi serasi yang hendak berzikir berbagai2
rahsia
Allah.Seperti
Sabda Nabi:
Asal
kejadian itu 4 anasir iaitu tanah,air,api,angin.Turun kepada kita tanah itu
tubuh
kita,angin
itu nafas kita,api itu darah kita.air itu rahsia bg kita..Maka inilah mengenal
diri
namanya.Kejadian
tanah itu bernama syariat,kejadian angin itu bernama tarikat,kejadian
Api
itu bernama bernama hakikat dan kejadian air itu bernama makrifat.Inilah
mengenal
diri
namanya.Maka syariat itu umpama kaki,tarikat itu umpama tangan,hakikat itu
umpama
tubuh,makrifat itu umpama kepala.Maka tiadalah ia bercerai hendaklah kita
hilangkan
bicara tubuh dirahsiakan inilah fana namanya.Maka tiadalah boleh bercerai2
hanya
ada Allah sendiri kerana dilihat mengatakan ( La Yakrifu Allah Ilallah
)ertinya-
Tiada
mengenal Allah hanya Allah maka tiada dapat kita mengenal Allah kerana tiada
kita
melihatnya.
Adapun
yang kata berbagai2 itulah rahsia Allah kepada batin dan zahirnya kita
mengatakan
( La Ilaha Illa Allah ) itulah rahsia Allah yang mengatakan rahsia ertinya-
Tiada
lagi hatinya dapat mengenal Allah hanya rahsia Allah saja yang dapat mengenal
maka
berganti2lah tubuh dan hati itu tiada lagi menyebut hanya Allah dengan rahsia
jua
iaitu
yang ada pada jalan makrifat.
Tatkala
mengata ( Allah Hu Akhbar ) itu hanya Allah yang ada menyebut jangan ada lagi
rasa
berbagai2 yang diingatkan batin dan zahir hanya Allah saja maka hilanglah cita2
yang
lain hanya Allah yang ada pada makrifat itu.Maka hairanlah kita tercengang2
setelah
itu Allah tahukan dirinya dan tiada tahu akan tuhannya.Jikalau lagi kata
didalam
hati
kita menyebut itu dan yang disembah itu Allah maka jadi dua,belum lagi ada
rasa,jikalau
anugerah Allah akan hambanya mengerti pengajaran itu menjadi asa jikalau
kita zikir atau
sembahyang.Jangan berbeza lagi.Jika mengatakan ( La Ilaha Illa Allah )
Rahsia Allah kehendaknya Allah
memujinya sendiri dan hati memujinya dirinya
Allah,jangan lagi kata hati
memuji itu hanya rahsia Allah juga memuji dirinya beza yang
dipakai
oleh Aulia Allah sekelian .Maka tiada lagi makrifat kita.Hanya sendirinya
dengan
rahsianya
dan kehendaknya maka inilah Fana pada Allah dan Ya Allah,jikalau sudah rasa
kepada
Allah maka tiada bercita2 kepada yang lain lagi.Maka hendaklah wahai saudaraku
sekelian
pagi dan petang,siang dan malam,dunia dan akhirat,hidup dan mati jangan
berubah
lagi.Adapun yang bernama alam sapiir itu didalam otak kita kerana otak kita itu
tempat
nyata roh kita yang bernama alam sapiir itu kerana alamnya.
Adapun yang bernama alam kabir
itu pula ialah tubuh yang nyata diperintah rahsia Allah
tempat
nyata roh.Adapun tempat segala perintah itu daripada tengah hati kita maka
berkehendaklah
hati kita berbagai2.Adapun rahsia itu pula didalam pesaad ertinya
didalam
jantung kita.Maka inilah namanya Allah,maka inilah rahsia zat kerana disana
tempat
nyata segala kehendak Allah,maka Siir kita itu namanya sifat batin,didalam
tubuh
kita
bernama sifat zahir jua sekelian adanya.
Adapun
masa tidur,Adapun masa kita tidur itu hilang segala rasa sebab tiada diperintah
rahsia
Allah jangan hendak berbagai2.Ingatkan diripun tiada.Hanya yang ada hayat
kerana
rahsia Allah itu jadi berkehendak kepada manusia dan segala binatang.Jika tiada
Batin dan zahirnya itu
berkehendak baginya.Maka roh itulah yang bernama manusia
bernama
tubuh pada sekelian aulia Allah.Maka roh itulah bernama makrifat yang dapat
berjalan
batin dan dapat melihat batin,yang demikian itu roh itulah melakukan perintah
rahsia
Allah orang yang sudah sampai ilmunya itu bertubuh Idofi bertubuh akan
(Muhammad) sekian jua adanya.
Sekian saja hamba menulis sebuah
kitab ini iaitu sebuah kitab Arwah Tokku Paloh yang
telah diturunkan kepada anak
muridnya yang dikasihi.Jika orang2 yang lain daripada
jalan
ini maka tidak dibenarkan sama sekali dibuka atau dicetak.